16
May

4 CARA BUAT RUANGAN RUMAH NAMPAK LEBIH LUAS

Bila sebut soal ruang sudah tentu kita terfokus pada kemasan dinding, lantai dan siling. Tiga perkara ini asas penampilan ruangan rumah anda. Maka dengan itu pemilhan design dan tema perlu diteliti dan dikaji sebelum membuat keputusan.

  1. Pemilihan warna yang terang, lembut dan sejuk (soft and cool) agar membuat suatu ruang nampak lebih terbuka dan luas. Ya sudah pasti anda mempunyai warna kegemaran namun sekiranya objektif anda mahu ruangan anda kelihatan lebih luas, sudah pasti cat, wallpaper ataupun jubin yang lebih cerah menjadi pilihan.
  2. Padankan warna mengikut “element of art”. Gabungan warna juga memberi kesan kepada keluasan ruang dalam rumah anda. Warna kontras yang terlalu seimbang akan membuatkan ruang terbahagi atau terpisah. Sebaliknya, jika anda memadankan warna yang sama seperti:
  • Perabot dan langsir.
  • Dinding dan lantai.
  • Dinding dan perabot.

        Ia akan membuat ruang rumah anda kelihatan lebih tersambung lantas lebih luas.

  1. Cahaya dan cermin juga boleh membuatkan ruangan nampak lebih luas, bagi rumah yang luas dan tidak berkongsi dinding boleh membuat tingkap yang banyak bagi pencahayaan yang lebih. Manakala bagi rumah yang berkeluasan kecil atau berkongsi dinding boleh menggunakan cermin bagi alternatif supaya ruangan anda kelihatan lebih luas.
  2. Kemasan lantai dan dinding juga memainkan peranan. Tidak kira ruang anda kecil atau besar, menggunakan jubin yang bersaiz besar sangat digalakan. Kenapa jubin besar? Ini kerana saiz jubin yang besar akan mengurangkan garisan (grout line) dan permukaan nampak lebih luas. Selain itu, ia juga tahan lama dan mudah dicuci. Seperti di awal tadi bukan sahaja warna jubin tetapi saiz jubin juga memainkan peranan.

Namun hiasan dan perabot dalam rumah juga penting, ada segelintir kita yang suka meletakkan hiasan dan perabot yang tidak penting menyebabkan ruang dalam rumah sempit dan tidak selesa. Maka anda harus bijak bertanya pada yang pakar, membaca sebelum bertindak atau terus minta nasihat dari kami DP Ceramic Marketing Sdn. Bhd.